JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA
TENDER TERBUKA
Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah pecahan kepala 050200 bagi menyertai Tender berikut:
|
NO. SEBUTHARGA |
TAJUK |
KOD BIDANG PENDAFTARAN |
|
5/2012 |
TENDER MEMBEKAL DAN MENGHANTAR INNER SHIRT DAN STOKING UNTUK JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA BAGI TEMPOH 2012-2014
|
050200 |
Dokumen Sebutharga boleh dimuat turun daripada sistem e-Perolehan.
Fi perkhidmatan yang dikenakan bagi petender yang berjaya adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai invois yang dikeluarkan tertakluk kepada had maksimum potongan sebanyak RM9,600.00 bagi nilai invois yang bersamaan dengan RM1.2 juta atau lebih.
Taklimat akan diadakan pada 23 Mei 2012 jam 9.30 pagi di Dewan Sri Rampai, Aras 3 Selatan, Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, 62596 Putrajaya . Kehadiran taklimat adalah diwajibkan.
Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan Tajuk dan No. Tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang ditetapkan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Cawangan Pengurusan Perolehan, Aras 8 Utara, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 3 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62596 Putrajaya sebelum atau pada pukul 12.00 tengah hari, 18 Jun (Isnin) 2012. Tawaran yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-88822509 / 03-88822284
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|



