​​(There are no translations available)


1. Syarat serta peruntukan berkaitan pelesenan GPB

Syarikat GPB adalah tertakluk kepada pematuhan ke atas;

a. Syarat-syarat pelesenan sebagaimana Lampiran C,
b. Perundangan-Perundangan dan Peraturan-Peraturan yang ditadbir Jabatan,
c. Syarat-syarat kelulusan bagi setiap kemudahan yang dinikmati,
d. Lain-lain ketetapan dari semasa ke semasa.

2. Penyata

1.1 Syarikat GPB hendaklah mengemukakan penyata mengikut masa yang telah ditetapkan:

a. Lampiran H – Penyata Bulanan Kerja-Kerja Subkontrak
b. Lampiran M1 – Penyata bulanan bahan mentah/komponen
c. Lampiran M2 – Penyata bulanan barang-barang keluaran siap
d. Lampiran M3 – Penyata bulanan aktiviti IPC/RDC
Penyata-penyata di atas hendaklah dikemukakan selewat–lewatnya pada 28hb, bulan berikutnya.
e. Lampiran M4 – Penyata tahunan
Penyata M4 hendaklah dihantar sebelum 31 Januari tahun berikutnya. Penyata tersebut hendaklah disertakan dengan Laporan Tahunan Kewangan Syarikat yang telah diaudit oleh Audit Bebas. Walau bagaimanapun sekiranya Laporan Tahunan Kewangan Syarikat tidak bersamaan dengan tempoh penyata tahunan, Laporan Tahunan Kewangan Syarikat hendaklah dikemukakan kepada jabatan dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh tahun kewangan syarikat.

1.2 Penyata-penyata di atas hendaklah disahkan dan ditandatangani oleh akauntan syarikat atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh pihak syarikat. Penyata berkenaan boleh dikemukakan dalam bentuk softcopy.

1.3 Bagi syarikat GPB yang berstatus Authorised Economic Operators (AEO), penyata–penyata yang berkaitan (M1, M2, M3 dan M4) hendaklah juga disediakan. Walau bagaimanapun, ianya perlu dikemukakan kepada pejabat kastam apabila dikehendaki oleh pegawai yang mengawal syarikat pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan.

3. Pemberitahuan kepada Stesen Kastam yang Mengawal Syarikat.

3.1 Syarikat GPB hendaklah memberitahu pegawai kastam yang mengawal syarikat secara bertulis apabila berlaku perkara-perkara berikut dalam tempoh 14 hari;

a. Perubahan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.
b. Satu ketetapan, diluluskan untuk penggulungan syarikat.
c. Suatu Perintah dibuat untuk penggulungan syarikat.
d. Pelantikan pelikwidasi atau penerima dibuat.
e. Syarikat terlibat dalam apa-apa kes tuntutan sivil, muflis dan lain-lain.

3.2 Syarikat GPB hendaklah memaklumkan kepada pegawai kastam yang mengawal syarikat dengan segera apabila berlaku perkara-perkara berikut yang menjejaskan barang-barang dikecualikan duti / cukai;
a. Kebakaran, kemusnahan dan bencana alam.
b. Kehilangan dan kecurian.

3.3 Pemberhentian Operasi Syarikat

a. Syarikat GPB hendaklah memberitahu pegawai kastam yang hak secara bertulis apabila ingin memberhentikan operasi syarikat.
b. Sekiranya syarikat masih mempunyai baki bahan mentah, barang siap, dan mesin yang berusia kurang daripada 10 tahun, duti / cukai (sekiranya ada) hendaklah dijelaskan terlebih dahulu.

3.4 Perubahan ke atas aktiviti perniagaan

Syarikat GPB adalah bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang perubahan yang akan dilakukan ke atas aktiviti syarikat kepada pegawai kastam yang mengawal syarikat seperti perubahan ke atas;

a. Struktur bangunan,
b. Pelan yang telah diluluskan,
c. Senarai barang siap yang dikeluarkan,
d. Model perniagaan di luar kebiasaan,

Sebarang perubahan yang tidak mendapat kelulusan boleh mengakibatkan syarikat GPB dikenakan tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan dan ketetapan sedia ada.