​​​(Translations are not available)


1. Syarikat GPB boleh mengimport semula barang siap yang telah dieksport untuk tujuan pembaikan. Syarikat GPB hendaklah mengemukakan permohonan menggunakan format seperti di Lampiran R1 bagi mendapatkan kebenaran dari Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri/ Ketua Bahagian Perkastaman / Ketua Cawangan untuk:

​​1.1 Menyimpan barang-barang yang dibawa masuk untuk diproses semula atau diperbaiki di tempat yang diluluskan; atau

1.2 Menerima balik barang ke dalam kilang GPB bagi tujuan dibaiki apa-apa barang berduti yang sebelumnya telah dieksport. Pengecualian duti/cukai boleh dituntut di bawah Butiran 47, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017 dan peruntukan di bawah Seksyen 57(a)(i) Akta Cukai Jualan 2018.

2. Syarikat GPB hendaklah menyediakan rekod yang dikemaskini berkenaan butir-butir barang yang diproses semula atau diperbaiki untuk tujuan pemeriksaan pegawai kanan stesen yang mengawal.