‚Äč(There are no translations available)


1. Semua mesin dan peralatan tidak boleh dilupus dan dikeluarkan dari kilang GPB tanpa kelulusan. Permohonan untuk melupuskan mesin dan peralatan hendaklah dimajukan kepada Pengarah Operasi Zon / Pengarah Kastam Negeri.

2. Duti / cukai yang terlibat bagi mesin dan peralatan yang mana jangkahayatnya kurang 10 tahun daripada tarikh pengimportan / pembelian hendaklah dijelaskan (jika berkenaan). Penentuan nilai bagi tujuan kiraan duti / cukai adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Kastam (Kaedah Penilaian) 1999.

3. Bagi mesin dan peralatan yang telah melepasi jangkahayat 10 tahun, duti / cukai adalah dikecualikan. Walau bagaimanapun, bagi tujuan pelupusan, kelulusan hendaklah diperolehi terlebih dahulu.