|
Tatacara Penubuhan dan Pewartaan Zon Bebas
|
-
EVENT CALENDAR
Check out what's happening
-
AGENCY
Browse other government agencies and NGOs websites from the list
-
COMPLAINT & SUGGESTION
Public Complaint System
-
REGISTER
|
LOGIN
GST shall be levied and charged on the taxable supply of
-
Check With Expert
GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services.
more
-
GST Calculator
GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services.
more
-
DOWNLOAD
Download form and document related to RMCD.
|
Page Content
1. | Sesuatu kawasan itu sah menjadi zon bebas setelah diisytiharkan oleh YB Menteri Kewangan di dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagaimana peruntukan Seksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990. | 2. | Permohonan untuk menjadikan sesuatu kawasan sebagai zon bebas hendaklah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri terlebih dahulu. | 3. | Pemohon hendaklah mengemukakan satu kertas kerja kepada Kementerian Kewangan Malaysia dan disalinkan kepada Bahagian Perkastaman Ibu Pejabat bagi tujuan mendapat kelulusan secara dasar ke atas permohonan zon bebas. | 4. | Kertas kerja tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut : | | i. | Lokasi kawasan dan keluasan kawasan; | | ii. | Status tanah (guna tanah / pemilikan tanah); | | iii. | Aktiviti yang ingin dijalankan (business model); | | iv. | Jenis barang dan perkhidmatan yang terlibat; | | v. | Justifikasi permohonan kawasan sebagai zon bebas; | | vi. | Perancangan pembangungan perniagaan (business development planning) untuk memajukan kawasan; | | vii. | Daya maju perniagaan (business viability); | | viii. | Sumber kewangan; | | ix. | Jangkaan pulangan pelaburan (return on investment); | | x. | Maklumat syarikat seperti Ahli Lembaga Pengarah / pemegang saham; | | xi. | Impak terhadap ekonomi, sosial, keselamatan dan persekitaran; | | xii. | Surat sokongan daripada agensi-agensi berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Galian Negeri dan lain-lain; dan | | xiii. | Lain-lain maklumat lanjut yang diperlukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. | 5. | Setelah dipersetujui oleh YB Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan Melaysia akan mengeluarkan surat kelulusan secara dasar bagi tujuan pewartaan. | 6. | Pemohon hendaklah berurusan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) bagi tujuan penyediaan pelan warta dan berhubung terus dengan JKDM Negeri bagi urusan keperluan kawalan kastam di kawasan yang terlibat. | 7. | Kawasan yang dipohon adalah sah sebagai zon bebas setelah diisytihar dalam Warta Kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen 3(1) Akta Zon Bebas 1990. Mana-mana kawasan yang tidak diwartakan adalah dianggap sebagai berada di dalam KUK. |
|