​​​​(No translation are available)

(Maklumat dikemaskini sehingga 01 Januari 2020)​​


Gudang Berlesen ialah gudang yang dilesenkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967. Fasilitasi ini disediakan bertujuan untuk penyimpanan barangan berduti/cukai yang mana pembayaran duti dan cukai yang ditangguhkan sehingga barangan dikeluarkan untuk penggunaan tempatan atau untuk dieksport semula.

Permohonan lesen gudang hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Kastam yang berhampiran dengan premis gudang dan tertakluk kepada syarat-syarat serta  prosedur permohonan yang ditentukan. Peringkat pertimbangan untuk kelulusan lesen gudang adalah bergantung kepada kategori gudang. Gudang Berlesen Awam dan Gudang Berlesen Persendirian dipertimbangkan di peringkat Ibu Pejabat Kastam,Putrajaya manakala Gudang Berlesen PEKEMA oleh Pengarah Kastam Negeri. Bagi permohonan yang diluluskan,bayaran lesen bagi gudang kepunyaan swasta adalah  sebanyak RM2,400 setahun dan bagi agensi kerajaan bayaran lesen adalah sebanyak RM240.00 setahun.

Berikut adalah kategori Gudang Berlesen:-​

gdg-lesen1.png

Berikut adalah aktiviti yang dibenarkan dilakukan di dalam Gudang Berlesen:-


gdg-lesen2.png