​​​​There are no translations available.​

 

Saya akan membekalkan makanan ringan ke Singapura pada setiap pagi untuk memenuhi permintaan pasaran di sana.  Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan bahawa produk makanan tersebut layak mendapat pengecualian dari dikenakan Levi Kenderaan Barangan.  Apakah peruntukan yang ada untuk saya jadikan panduan bagi memastikan bahawa produk saya itu benar-benar dikecualikan?

Bagi membantu persoalan yang dikemukakan, Tuan boleh merujuk kepada perintah yang boleh dijadikan panduan iaitu “Goods Vehicle Levy (Exemption) Order 1983” .  Perintah ini akan menjelaskan barang-barang yang dikecualikan dari dikenakan Levi Kenderaan Barangan.

Apakah tindakan yang perlu diambil untuk mendapat pengecualian dari dikenakan Levi Kenderaan Barang-Barang memandangkan produk yang akan saya eksport tidak tersenarai dalam :Goods Vehicle (Exemption) Order 1983”?

Tuan hendaklah mengemukakan permohonan pengecualian kepada Kementerian Kewangan di alamat seperti berikut:

​                        Ketua Setiausaha Perbendaharaan
                        Kementerian Kewangan
                        Bahagian ​Analisa Cukai​​
                        Percint 2
                        Pusat Pentadbiran Kerajaan Per​sekutuan
                        62592 PUTRAJAYA.

Berapakah jumlah levi kenderaan barangan yang dikenakan kepada lori saya yang mengangkut baranan pembinaan ke Singapura?

Kenderaan Barang-barang yang membawa barang-barang binaan sebagaimana yang disenaraikan dalam Jadual IV kepada “Goods Vehicle Levy (Exemption) Order 1983” akan dikenakan levi kenderaan barangan sebanyak RM100.00 apabila meninggalkan Malaysia untuk ke Singapura.