​​​​​​There are no translations available.​

 

Apakah jenis barangan yang boleh dieksport semula?

Barangan yang boleh dieksport semula adalah mengikut kategori yang berikut:

  • Barangan yang diimport dan disimpan di dalam gudang berlesen m​​engikut kemudahan eksport semula di bawah Seksyen 75(C) Akta Kastam 1967. Barangan hendaklah bukan barangan larangan di bawah Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 atau Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008 serta tidak terlibat dalam pemerhatian oleh Cawangan Risikan, dalam siasatan atau yang disyaki terlibat dengan penyelewengan atau penyeludupan. Syarat-syarat dilampirkan.
  • Barangan yang telah diimport dan telah dibayar duti kastam/cukai kemudian dieksport semula menurut kemudahan tarik balik duti di bawah Seksyen 93 Akta Kastam 1967. Syarat-syarat dilampirkan.
  • Barangan yang diimport dan disimpan di dalam gudang berlesen yang menjalankan aktiviti perniagaan (entreport). Syarat-syarat dilampirkan.
  • Barangan yang diimport yang masih berada dalam Zon Perdagangan Bebas yang belum diluluskan pengimportannya. Syarat-syarat dilampirkan

Apakah syarat-syarat di bawah eksport semula?

i.          Bagi barangan yang disimpan dalam gudang berlesen, pelepasan belum diluluskan.

ii.         Bagi barangan yang telah diimport dan telah dibayar duti kastam/cukai kemudian dieksport semula menurut kemudahan tarik balik duti di bawah Seksyen 93 Akta Kastam 1967:

  •  the goods are identified to the satisfaction of a senior officer of customs at the customs port or customs airport at which such goods are shipped or loaded for re-export, or at the place of re-export,  
  • the goods are re-exported within twelve months of the date upon which the customs duty was paid; 
  • written notice has been given to a senior officer of customs at or before the time of re-export that a claim for drawback will be made, and such claim is made in the prescribed form and established to the satisfaction of a senior officer of customs within  three months of the date of re-export; and 
  • the goods have not been used after importation. ​​

iii.         Barangan yang diimport dan disimpan di dalam gudang berlesen yang menjalankan aktiviti perniagaan (entreport):

iv.        Barangan yang diimport dan disimpan di dalam gudang berlesen yang menjalankan aktiviti perniagaan (entreport):

  • ​​Aktiviti perniagaan adalah selaras dengan Peraturan 31 Peraturan-Peraturan Kastam 1977 dan Peraturan 32 Peraturan-Peraturan Eksais 1977;
  • Mengemukakan suatu bon atau memberi apa-apa cagaran lain sebagaimana yang diluluskan oleh pegawai kastam yang hak terhadap pengeksportan semula barang-barang itu;
  • Membayar semua caj yang kena dibayar atas barang-barang yang hendak dipindahkan itu;
  • Tiada apa-apa barang berduti boleh dipindahkan mengikut darat kecuali dengan keretapi melalui kawasan utama kastam dengan syarat bahawa barang-barang berduti yang dipindahkan mengikut jalan hanya boleh dipindahkan dengan pengangkutan berlesen.​

v.         Bagi barangan yang diimport yang masih berada dalam zon perdagangan bebas yang belum diluluskan pengimportannya:

  • Barangan tidak tertakluk kepada Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008 atau Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2008 dan tidak terlibat dalam kes penyelewengan atau penyeludupan;
  • Barangan dieksport semula atas sebab-sebab berikut:
    • Mesin-mesin/alat-ganti/komponen bagi tujuan dibaiki, tentukuran dan kemudiannya diimport semula;
    • Dieksport semula kepada pembekal kerana masalah kualiti barang yang terbukti tidak menepati spesifikasi pesanan;
    • Bahan mentah/komponen/barang separa siap untuk digunakan oleh Zon Perindustrian Bebas di negeri lain;
    • Bekas/kontena kosong atau bahan mentah kepada pembekal untuk diisi (refill), kitar semula dan kemudiannya diimport semula; dan
    • Barangan yang tersalah hantar yang disokong oleh bukti-bukti yang diterima oleh Kastam sebagai sahih.

Siapakah yang memberi kelulusan untuk eksport semula?

Ketua Stesen Kastam di mana barangan diimport.

Bolehkah barang dieksport semula melalui pintu keluar-masuk yang bukan pintu keluar-masuk di mana barang diimport?

Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan eksport semula secara bertulis berserta dokumen-dokumen sokongan kepada Ketua Stesen Kastam di mana barangan diimport.

Bolehkah barang yang berbayar duti import dieksport semula and duti import dituntut balik?

Bagi barangan yang telah diimport dan telah dibayar duti kastam/cukai kemudian dieksport semula hendaklah menurut kemudahan tarik balik duti di bawah Seksyen 93 Akta Kastam 1967 dan mematuhi syarat-syarat berikut:

  • the goods are identified to the satisfaction of a senior officer of customs at the customs port or customs airport at which such goods are shipped or loaded for re-export, or at the place of re-export,
  • the goods are re-exported within twelve months of the date upon which the customs duty was paid;
  • written notice has been given to a senior officer of customs at or before the time of re-export that a claim for drawback will be made, and such claim is made in the prescribed form and established to the satisfaction of a senior officer of customs within  three months of the date of re-export; and
  • the goods have not been used after importation.
​​