There are no translations available​​

 Content Editor

​​​​​Alatganti Kapal (Ship Spares) bagi kapal-kapal yang belayar dan mengalami kerosakan ketika berlabuh di Pelabuhan-Pelabuhan di Malaysia merujuk kepada barang-barang atau artikel bertujuan untuk digabungkan (incorporation) didalam kapal, bot atau kapal lain bagi tujuan pembinaan (construction),   pembaikan (repair), penyelenggaraan (maintenance) atau untuk di pasang (fitting) atau melengkapkan (equipping) kepada kapal, bot atau kapal lain.  Pengimportan Alatganti Kapal (Ship Spares) ini hendaklah diimport semata-mata untuk  kapal, bot atau kapal lain yang dinyatakan di atas dan hendaklah di ikrarkan di bawah kod 9800.00 700 yang tidak tertakluk kepada duti import dan cukai jualan.

Bagi Syarikat-Syarikat Pembuat dan Pembaikpulih (Builder and Repairers) kapal dan bot yang diluluskan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Alatganti Kapal (Ship Spares) merujuk kepada ​ bahan (materials) dan peralatan (equipment) yang digunakan secara langsung di dalam pembuatan/pembinaan dan baikpulih  vessel. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan bagi barangan ini  boleh dituntut di bawah peruntukan Butiran 78 Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 1988 dan Butiran 63 Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 2008.

 Pengimportan alat ganti kapal adalah tertakluk kepada syarat-syarat danprosedur pengimportan yang ditentukan .