Content Editor

There are no translations available

Barangan boleh diimport  melalui laut, udara dan darat menggunakan Borang Kastam No. 1 samada mengikrar sendiri atau melalui agen penghantaran yang dibenarkan di bawah Seksyen 90 Akta Kastam 1967, berserta dengan dokumen-dokumen sokongan. Pengikraran boleh dibuat menggunakan kemudahan Kedai EDI  atau melalui sistem Antaramuka SMK-DagangNet (SMK-DagangNet interface). Pada umumnya semua barangan boleh diimport. Bagaimanapun terdapat kategori barangan yang tidak dibenarkan diimport secara mutlak dan barangan yang dibenarkan diimport secara bersyarat mengikut ketegori barangan seperti berikut;

  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008, Jadual Pertama : Larangan Mutlak.
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008, Jadual Kedua : Larangan Bersyarat.
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008, Jadual Ketiga : Larangan Bersyarat Bagi Langkah-Langkah Perlindungan.
  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2008, Jadual Keempat : Larangan Bersyarat Kecuali Dengan Cara Yang Diperuntukan.

1. Pengimportan Melalui Mod Laut, Udara dan Darat

1.1      Barangan Yang Berduti/Bercukai

Bagi barangan yang berduti/bercukai yang diimport melalui laut dan udara pengikraran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh ketibaan barang menurut keperluan Seksyen 78(1) Akta Kastam 1967. Bagi barangan yang berduti/bercukai yang diimport melalui darat hendaklah diikrar dan dijelaskan duti/cukai semasa ketibaan. Duti/cukai hendaklah dijelaskan dalam tempoh empat belas hari selepas diluluskan oleh Kastam. Sekiranya pengikraran tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, pegawai kastam yang hak boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pengimport samaada dengan sendiri atau melalui agennya supaya menyerahkan akuan pengimportan dalam tempoh tiga hari dari penerimaan notis itu. Sekirannya pengakuan import gagal dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, Pegawai Kastam yang hak boleh menyita barangan menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 114 Akta Kastam 1967, dan melucut hak menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 126 Akta Kastam 1967, dan boleh dilelong menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 128 Akta Kastam 1967, untuk mendapatkan jumlah duti/cukai yang terlibat.

1.2        Barangan Yang Tidak Berduti/Bercukai

Bagi barangan yang tidak berduti/bercukai yang diimport melalui laut dan udara pengikraran hendaklah dibuat dalam tempoh 10 hari dari tarikh ketibaan barang menurut keperluan Seksyen 81(1) Akta Kastam 1967. Bagi barangan yang tidak berduti/bercukai yang diimport melalui darat hendaklah diikrar semasa ketibaan. Sekiranya pengikraran tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, pegawai kastam yang hak boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki pengimport samaada dengan sendiri atau melalui agennya supaya menyerahkan akuan pengimportan dalam tempoh tiga hari dari penerimaan notis itu. Sekirannya pengakuan import gagal dibuat dalam tempoh yang ditetapkan, Pegawai Kastam yang hak boleh menyita barangan menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 114 Akta Kastam 1967, dan melucut hak menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 126 Akta Kastam 1967, dan boleh dilelong menurut peruntukan yang diberi di bawah seksyen 128 Akta Kastam 1967 dan hasil jualan lelong tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Kumpulan Wang Disatukan.

2. Pengimportan Melalui Pos/Kurier

Bagi pengimportan melalui pos panduan dijelaskan sebagaimana maklumat di Panduan Melalui Pos/Kurier.

3. Pengimportan Melalui Pipe Line

Bagi pengimportan melalui pos panduan dijelaskan sebagaimana maklumat di Panduan Pengimportan Melalui Pipe Line.

4. Pembayaran Duti Kastam Di bawah Bantahan

Sekiranya pengimport tidak bersetuju dengan taksiran yang dibuat oleh Pegawai Kanan Kastam(pegawai penaksir), pengimport mempunyai hak untuk membuat bayaran duti/cukai secara bantahan menurut peruntukan di bawah seksyen 13A Akta Kastam 1967.

Setelah pegawai penaksir telah membuat taksiran, duti perlu dibayar terlebih dahulu barulah barang-barang boleh dilepaskan dari kawalan kastam. Pihak kastam juga memberikan kemudahan pre-clearance dimana barang-barang boleh diikrar dan diluluskan pelepasan sebelum dagangan tiba. Disamping itu juga kemudahan sistem pelepasan terus diberi bagi membolehkan dagangan dilepaskan segera tanpa melalui proses pemeriksaan. Tiga (3) kumpulan yang diberikan keutamaan pelepasan terus iaitu barang-barang kegunaan emergency (malapetaka bencana, makanan, ubat-ubatan dan yang bersesuaian), perishable cargo seperti (barang mudah rosak binatang hidup, sayur-sayuran, tanaman, jasad, darah dan lain-lain yang bersesuaian) serta bahan mentah untuk (pengilangan barang ganti, alat ganti kapal, kelengkapan perubatan saintifik dan lain-lain yang bersesuaian).