|
|
-
EVENT CALENDAR
Check out what's happening
-
AGENCY
Browse other government agencies and NGOs websites from the list
-
COMPLAINT & SUGGESTION
Public Complaint System
-
REGISTER
|
LOGIN
GST shall be levied and charged on the taxable supply of
-
Check With Expert
GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services.
more
-
GST Calculator
GST shall be levied and charged on the taxable supply of goods and services.
more
-
DOWNLOAD
Download form and document related to RMCD.
|
Page Content
Profil Bahagian
PENGENALAN
Bahagian Cukai Dalam Negeri Ibu Pejabat terdiri daripada 8 Cawangan dibawah Pentadbiran Penolong Ketua Pengarah Kastam (CDN) Gred Jusa B.
FUNGSI BAHAGIAN CUKAI DALAM NEGERI
- Cawangan Dasar dan Pelaksanaan Cukai Jualan
Berfungsi membuat kajian dasar percukaian dalam negeri mengenai cukai jualan untuk pertimbangan Menteri Kewangan dan membuat keputusan ke atas isu pelaksanaan cukai jualan.
- Cawangan Dasar dan Pelaksanaan Cukai Perkhidmatan
Berfungsi membuat kajian dasar percukaian dalam negeri mengenai cukai perkhidmatan untuk pertimbangan Menteri Kewangan dan membuat keputusan ke atas isu pelaksanaan cukai perkhidmatan.
- Cawangan Kawalan dan Pemantauan Cukai Dalam Negeri
Berfungsi mengawal dan memantau pelaksanaan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang melibatkan pendaftaran, penyata dan pembayaran cukai.
- Cawangan Kawalan Kemudahan, Fasilitasi dan Konsultasi
Berfungsi mengkaji isu-isu berkaitan kemudahan dan pengecualian dan memantau program verifikasi (pra/pasca) ke atas kemudahan, menyediakan Perintah Tetap dan Prosedur Operasi Standard Kemudahan Potongan Cukai (Contra), Pelupusan, Pembayaran Balik (refund), Pulang Balik (drawback), Peremitan (remission), kemudahan pengecualian Jadual A, B dan C Perintah Cukai Jualan (Orang Yang Dikecualikan Daripada Pembayaran Cukai) 2018, menyelaras program konsultasi bersama agensi kerajaan, sektor swasta dan industri serta mengurustadbir dan menjadi urus setia untuk semua program Bahagian Cukai Dalam Negeri.
- Cawangan Pengurusan dan Penyelarasan Risiko
Berfungsi mengkaji dan menganalisa risiko industri dengan menyediakan petunjuk melalui penyata cukai jualan dan cukai perkhidmatan serta menyediakan analisa prestasi setiap industri dibawah cukai jualan dan cukai perkhidmatan secara saintifik dengan menggunakan data analitik.
- Cawangan Pengurusan Teknikal
Berfungsi mengkaji dan mencadangkan pindaan perundangan cukai jualan, cukai perkhidmatan dan cukai pelancongan kepada Kementerian Kewangan, membuat kajian undang-undang dan memberi taklimat berkenaan perundangan cukai dalam negeri yang telah digazetkan kepada warga, orang awam dan pihak industri. Cawangan ini juga bertanggungjawab mengkaji dan memproses permohonan berkaitan Ketetapan Kastam serta menjadi urus setia Mesyuarat Teknikal Swasta di peringkat Bahagian CDN, Mesyuarat Teknikal Dalaman CDN serta Mesyuarat Panel Ketetapan Kastam CDN.
- Cawangan Khas SST dan Cukai Pelancongan
Berfungsi mengkaji dan mengesahkan layanan CBP berkaitan isu-isu pengauditan dan kes tribunal, memproses permohonan isu-isu peralihan CBP setelah pemansuhan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan mulai 1 September 2018 dan memantau sistem Gentax.
Mengurus dan memantau pendaftaran, penyata pembayaran dan isu-isu dasar dan pelaksanaan cukai pelancongan selain memproses permohonan remisi dan pulang balik cukai pelancongan di bawah Akta Cukai Perlancongan 2017.
Mengkaji dan menyediakan prosedur operasi standard dan panduan kajian semula ke atas dasar dan pelaksanaan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) di bawah Seksyen 96, Akta Cukai Jualan 2018 dan Seksyen 81, Akta Cukai Perkhidmatan 2018. Seterusnya mengkaji dan memproses permohonan kajian semula ke atas dasar dan pelaksanaan cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
- Cawangan Pengurusan Perakaunan Hasil
Berfungsi mengakaunkan terimaan hasil cukai (tempatan) bagi Cukai Jualan (CJ), Cukai Perkhidmatan (CP), Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), Cukai Pelancongan (TTx) dan Cukai Perkhidmatan Digital (CPD) serta berfungsi mengurus dan mengakaunkan balik CBP dan pembayaran balik khas.
Piagam Pelanggan
1. Issuing Customs Ruling within 90 days from the date complete documentation is received by Technical Management Branch, Head Quarters.
2. Decision On Sign-Up Verification Under Schedule B Of The Sales Tax (Persons Exempted From Payment Of Tax) Order 2018 to be issued within 5 working days from the date complete documentation received
|