Perutusan Ketua Pengarah Kastam Malaysia

Sempena Sambutan Hari Deepavali

Tahun 2015

 

SELAMAT HARI DEEPAVALI 2015

Saya mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua pegawai dan pelanggan Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang meraikannya.  

Tahun 2015 merupakan tahun yang amat mencabar bagi jabatan ini.  Walau bagaimanapun,  semangat dan kewibawaan kita akan melonjakkan lagi pencapaian untuk terus berkhidmat menyejahterakan rakyat.

Di kesempatan ini, saya dan isteri serta keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali, berhati-hatilah ketika memandu di musim perayaan ini agar selamat sampai ke destinasi masing-masing dan dapat bertemu dengan insan tersayang.

​ 

Dato' Sri Khazali bin Haji Ahmad

Ketua Pengarah Kastam Malaysia